April 8, 2021
Seramai 27 orang daripada pegawai dan kakitangan Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS) dan Institute of Brunei Technical Education (IBTE) mengikuti kursus Fire Marshall selama 3 hari iaitu pada 05 hingga 07 April 2021 bertempat di Bangunan CSPS yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi 'A' Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan pratikal mengenai :
- Sebab dan punca berlakunya kebakaran,
- Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.
- Tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul
- Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.
- Lawatan ke Unit Operasi Wanita bagi mengetahui fungsi bomba wanita serta mengenali perkakas-perkakas dan peralatan bomba.
Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Mencegah Kebakaran, LS995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.