The Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS) will be conducting the Brunei Barometer Survey (BBS) 2021 starting from 8th August 2021 until 7th September 2021.

The main objective of BBS is to measure the state of development of Bruneians, their attitudes and behaviours in view of the changing socio-economic landscape of Brunei Darussalam, which will be used to formulate strategic policy recommendations towards the achievement of Wawasan Brunei 2035.

A total of 1,500 households throughout the country have been randomly selected to participate in the survey. The interview will be conducted face-to face and will take approximately 30 minutes to complete. CSPS would like to assure the selected households that the information collected during the survey will be kept strictly confidential and will be used for statistical purpose only.  CSPS has appointed a total of 50 interviewers to undertake the fieldwork for the survey across the four districts. The interviewer will receive an intensive interviewing training prior to the survey.

Selected households are reminded to ensure that the interviewers visiting their premises are those appointed by CSPS through their survey passes, appointment letters and identity cards.

The support and co-operation from all selected households in providing correct and complete information are essential for the success of the survey.

For any enquiries regarding the BBS 2021, please refer to CSPS as follows:

Telephone          :               2445821 (working hours)

E-mail                    :               survey@csps.org.bn

Website               :               www.csps.org.bn

Pusat Kajian Strategik Dan Dasar akan mengendalikan Kajian Barometer Brunei (Brunei Barometer Survey, BBS) 2021 bermula 8 Ogos 2021 sehingga 7 September 2021. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur tahap perkembangan masyarakat Negara Brunei Darussalam dan pendapat serta harapan mereka mengambilkira perubahan landskap sosio-ekonomi Negara Brunei Darussalam. Maklumat yang dikumpul daripada kajian ini akan digunakan untuk merumuskan cadangan-cadangan dasar strategik ke arah mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035. Sejumlah 1,500 buah keluarga terpilih di seluruh negara untuk ikutserta dalam kajian. Temuduga akan dilaksanakan secara bersemuka yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Pusat CSPS memberi jaminan kepada setiap keluarga atau isirumah yang terpilih bagi kajian bahawa maklumat yang dikumpul akan disimpan dan dikendalikan secara sulit dan digunakan bagi keperluan perangkaan sahaja.

Pusat CSPS telah melantik seramai 50 orang penemuduga untuk menjalankan kerja-kerja luar bagi kajian ini di kesemua daerah. Mereka akan mengikuti kursus latihan intensif sebelum menjalankan kajian tersebut.

Keluarga terpilih dinasihatkan agar dapat memastikan penemuduga yang datang membuat lawatan adalah pegawai kajian yang dilantik melalui pas kajian, surat lantikan dan kad pengenalan mereka.

Sokongan dan kerjasama semua keluarga terpilih dalam memberikan maklumat yang tepat dan lengkap adalah sangat-sangat diharapkan bagi sama-sama menjayakan kajian ini.

Sebarang pertanyaan mengenai BBS 2021 bolehlah dirujuk kepada Pusat CSPS seperti berikut:

Telepon               :               2445821 (waktu pejabat)

E-mel                    :               survey@csps.org.bn

Laman sesawang:            www.csps.org.bn